KOTA BHARU: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takyuddin Hassan mengesahkan pertemuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pertemuan biasa dan tiada sebarang masalah antara kedua-dua parti itu.
Menurutnya, pertemuan seperti itu juga sentiasa berlaku sama ada di luar atau dalam mesyuarat dan turut dilaksanakan sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).
Tambahnya, pemimpin Pas, Bersatu dan Gerakan akan mengadakan pertemuan terlebih dahulu kerana ada perkara yang perlu dibincangkan bersama bagi semua pihak.
"Sebenarnya ada pihak tertentu sengaja mereka cerita bahawa masalah tidak selesai walaupun ada pertemuan dua kali antara pemimpin Pas dan Bersatu.
"Saya boleh sahkan tiada masalah antara pemimpin dan ahli juga saling bekerjasama untuk mengukuhkan parti," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kelantan 2024 pada Jumaat.
Dalam pada itu, Takiyuddin turut menegaskan kedua-dua pemimpin parti itu tidak pernah ada perbalahan.
Sebelum ini, satu portal memetik bahawa sumber memaklumkan Presiden Pas dan Bersatu didakwa gagal menyelesaikan masalah menyebabkan hubungan mereka 'dingin'.
Portal itu turut menyebut, sumber rapat dengan perkara itu mendakwa pertemuan pada 14 dan 15 Februari lalu hanya sekadar 'optik'.
Sumber itu turut memberitahu, hubungan dingin Abdul Hadi dan Muhyiddin antara lain mempunyai kaitan dengan kegagalan Pas menampilkan Naib Presiden, Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri selepas Muhyiddin tidak meneruskan hasrat berundur pada pemilihan parti tahun ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 24 2024
Takiyuddin menegaskan kedua-dua pemimpin parti itu tidak pernah ada perbalahan. - Gambar fail
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
Kes Nik Elin: Enakmen jenayah syariah negeri lain masih lagi sah
Peruntukan-peruntukan dalam Enakman Ordinan Jenayah Syariah di negeri-negeri lain masih lagi sah berperlembagaan.
Takiyuddin sahkan tiada perbalahan Pas-Bersatu
Takyuddin mengesahkan pertemuan Abdul Hadi dan Muhyiddin merupakan pertemuan biasa dan tiada sebarang masalah antara kedua-dua parti.
'Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam' - Takiyuddin
"Jumaat yang hitam kepada syariah dan undang-undang Islam," kata Takiyuddin mengenai keputusan mahkamah memutuskan 16 enakmen syariah Kelantan tidak sah.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Pas ucap Selamat Hari Krismas
Pas mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada penganut agama Kristian di seluruh negara yang akan menyambutnya pada Isnin.
PRK Kemaman bukti rakyat terus berpihak kepada Pas-PN - Takiyuddin
Ia juga mengesahkan momentum sokongan menaik kepada PN dalam beberapa siri PRK pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PN tidak teruskan perbincangan peruntukan pembangkang - Takiyuddin
Perikatan Nasional (PN) menegaskan tidak akan meneruskan perundingan berkaitan peruntukan sama rata kepada pembangkang.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Panggil duta, wakil negara jika benar Malaysia terima ugutan isu Palestin - Pas
Katanya, tindakan itu wajar bagi menyampaikan bantahan Malaysia, berbanding membuat kenyataan terbuka tanpa penjelasan mengenainya.